Pemuzik Jalanan Terkejut ‘Show’ Ditonton Tun M


Siapa yang tak berdebar kalau dapat bertentang mata dengan negarawan yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad bukan?

Itulah yang dirasakan sekumpulan penghibur jalanan (buskers) terkenal, Genji Buskers ketika sedang membuat persembahan di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Menerusi akaun Facebook rasmi mereka, vokalisnya yang dikenali sebagai Mustam memberitahu, sebaik sahaja menyedari kehadiran Tun Mahathir di situ, lirik nyanyiannya terus berterabur dek kerana terkejut melihat tokoh tersebut.
Rupa-rupanya, beliau sudah memerhatikan persembahan mereka selama beberapa minit.

Tun Mahathir turut meletakkan wang sebanyak RM50 ringgit ke dalam beg gitar yang disediakan untuk mengutip sumbangan daripada penonton.

Apa yang menariknya, Genji Buskers bercadang untuk membingkaikan wang tersebut sebagai kenang-kenangan.

KOMEN PAKLONG.
Antara kenangan terindah dapat bersua dengan insan ni.. Paklong semasa dalam askar dahulu selalu berharap dapat bersalaman dengan beliau.. Walaupun org kata Tun M banyak benda tak baik.. Tapi siapa je dalam dunia ni baik je semua?? Korang tak pernah buat jahat??

Ada baiknya korang maafkan kesalahan beliau.. Umur beliau pun dah lanjut..



--------------
Siapa Paklong dan kenapa anda perlu dengar komen Paklong? Baca di sini.

Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

Paklong sedia menjawab apa-apa soalan  berbentuk mitos kesihatan , dan soalan kesihatan, boleh hubungi Paklong di sini.

0 Komen untuk "Pemuzik Jalanan Terkejut ‘Show’ Ditonton Tun M"