Asal Usul Kejadian Adam A.S.

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS. Dan kita juga terlalu 
tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah. 
Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan 
prosesnya kejadian itu? Mari kita baca kupasan yang 
sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan 
Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. 

Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari 
bumi untuk menjadikan nabi Adam A.S 
(Abul Basyar/Bapa segala manusia)". 

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril 
supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya 
untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi 
enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan 
Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada 
Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu 
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar 
sumpah bumi. 

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih 
sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan 
jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan 
jawapan yang hampa. 

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata 
Allah: "Hai Izrail!  Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil 
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau 
mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas 
namaKu. "Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah 
Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya 
diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia 
ke hadrat Allah. 

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan 
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan 
kutugaskan engkau mencabut roh manusia." 

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat 
manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan 
memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka 
itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan 
sebagainya. 

Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis 

2. Tanah Bukit Tursina 

3. Tanah Iraq 

4. Tanah Eden 

5. Tanah Al-Kautsar 

6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah 

7. Tanah Paris 

8. Tanah Khurasan 

9. Tanah(Babylon) 

10.Tanah India 

11.Tanah syurga 

12.Tanah Tha'if 


Menurut Ibnu Abbas:- 

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada 
otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar 
dan tempat menerima nasihat. 

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada. 

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat 
kecantikan. 

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian. 

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan 
kerjasama,sesama manusia. 

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan 
tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah 
dosa. 

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah 
iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya. 

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur 
dan berdoakan kepada Tuhan. 


Proses kejadiannya:

1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, 
air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah 
resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai 
macam "sifat". 

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian 
diletakkan didalam "Alam Malakut". 

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah 
pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu 
dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur 
sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul 
Uluhiyah". 

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" 
iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh 
Adam yang sempurna. 

5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, 
ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, 
mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh 
malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya 
mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. 


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik 
sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana 
Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna 
kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal 
warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang 
kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih 
kemerah-merahan. 

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah 
liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan 
letaknya. 

Tujuh buah letaknya adalah : 

1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang 
hidung dan sebuah liang mulut. 

2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. 

Dijadikan pula lima buah pancaindera: 

A. Mata alat penglihatan 

B. Hidung alat penciuman 

C. Telinga alat pendengaran

D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya. 

E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa 
halus, kasar dan sebagainya. 

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-
lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. 

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh 
ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, 
maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan 
sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu 
matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan 
kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih 
merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang 
sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah 
dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang 
merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai 
kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah 
Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan 
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata 
Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat 
Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat 
mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula 
mengucapkan Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, 
tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya 
masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka 
tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: 

"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II) 

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah 
susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu 
terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh 
tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. 
Urat-urat berkulit dengan  sempurna, yang mana kulit itu kian lama 
kian cantik dan halus. 

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam 
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk 
manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa 
kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. 

Wallahualam..

Sumber :
http://www3.uitm.edu.my/citu/SM/IMK102.pdf

Berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis, kajian sains telah menunjukkan 
bahawa elemen tanah pada tubuh manusia terdiri daripada :

1)  Karbon
2)  Oksigen
3)  Hidrogen
4)  Fosforus
5)  Sulfur
6)  Azote
7)  Kalsium
8)  Pottasium
9)  Sodium
10) Klorat
11) Magnesium
12) Ferum
13) Manganese
14) Kuprum
15) Iodin
16) Klorin
17) Kobalt
18) Zink
19) Silicon
20) Alumunium

Kandungan kimia manusia pula terdiri daripada :

1)  Oksigen              45,000     gram
2)  Hidrogen            8,000     gram
3)  Kalsium              1,000     gram
4)  Kabrit                 175     gram
5)  Sodium              105     gram
6)  Magnesium         35     gram
7)  Kuprum              0.1   gram
8)  Karbon               12,000    gram
9)  Azote (nitrogen)  2,000    gram
10) Fosforus             140    gram
11) Klorin                105    gram
12) Ferum (besi)      4    gram
13) Iodin                 0.03 gram
14) Manganese         0.02 gram
0 Komen untuk "Asal Usul Kejadian Adam A.S."